Selasa, 31 Desember 2013

Brad Pitt Henti Guna Sabun Bertoksin


PELAKON Brad Pitt begitu prihatin terhadap alam sekitar dan dilaporkan berhenti menggunakan sabun yang mempunyai kandungan toksin dan racun.

Brad, 49, berkata, sabun yang mengandungi bahan kimia itu boleh mencemarkan alam sekitar selain mempercepatkan proses penuaan.

“Brad telah berhenti menggunakan sabun yang mengandungi toksin kerana ia akan membahayakan bumi,” kata sumber seperti dipetik femalefirst.co.uk.

Bagaimanapun, pasangannya, Anggelina Jolie dan anak-anak tidak menyokong tindakannya itu.
“Anggelina tidak menyokong tindakan itu dan anak-anak mereka memanggil Brad sebagai ‘ayah busuk’,” kata sumber tersebut. – mStar
Selengkapnya

Senin, 30 Desember 2013

Polis Wanita Dibuang Kerja Kerana Bercium!

Amerika Syarikat (AS) – Seorang anggota polis wanita, Jannine England dipecat selepas dia mencium suaminya yang merupakan seorang ketua polis tempatan, Timothy Escola semasa bertugas, lapor sebuah akhbar semalam.


Gambar hiasan

Dia mencium suaminya semasa mereka berada di dalam sebuah kereta polis yang membawa seorang suspek perompak pada tahun lalu.

Bagaimanapun, suaminya yang berumur 57 tahun itu dibenarkan untuk bersara dengan mendapat pencen penuh dan tidak dipecat.

Isterinya yang berusia 30 tahun itu tidak dibenarkan untuk meletakkan jawatan tetapi dia dipecat oleh pihak pengurusan polis.

England kemudian membuat aduan kepada Suruhanjaya Peluang Hak Persamaan Pekerjaan AS.

Dalam keputusan suruhanjaya itu, England didapati tidak dibenarkan untuk bersara kerana dia seorang wanita.

Suruhanjaya tersebut menyatakan England tidak menerima layanan yang sama seperti pegawai-pegawai lelaki lain.

Menurut suruhanjaya itu, pegawai-pegawai lelaki dibenarkan bersara walaupun mereka telah melakukan kesalahan semasa bertugas.

Bagaimanapun, pihak pengurusan bandar Massillon menyatakan ia berhak untuk memecat England kerana dia masih berada dalam tempoh percubaan semasa menjadi anggota polis.

-Mummynemo.com
Selengkapnya

Minggu, 29 Desember 2013

Gambar Emma Maembong Peluk Erat Lelaki



Gambar Emma Maembong Peluk Erat Lelaki
Emma Maembong, kemunculannya penuh kontroversi kerana dikatakan pernah menjalani kehidupan yang agak bebas sebelum menjadi seorang artis.

Sering berparti dan berhibur, namun itu semua sudah berlalu semenjak menjejak diri dalam bidang lakonan...katanyalah...

Gambar dibawah menyaksikan kemesraan Emma Maembong bersama seorang lelaki.
Pelukan mesranya melihatkan kasih sayang yang pastinya tak tumpah seperti ditatang.

Siapa lelaki ini?
Beliau adalah Ismail Embong, yang juga bapa kepada Emma Maembong. Ismail merupakan seorang arits/pelkukis yang prolifik dan menjadi pakar rujukan seni negara.


Melalui karyanya yang terkenal Sulalatus Salatin: Empayar Kesultanan Melayu Melaka, anaknya, Emma turut berbakat besar dalam bidang ini, walaupun membabitkan diri dalam lakonan!
Selengkapnya

GAMBAR Misteri Keturunan Manusia Berkulit Biru



Bagi sesetengah kepercayaan, kulit biru biasanya merujuk kepada sifat dewa. Misalnya, Dewa Khrisna dalam kepercayaan Hindu dan Dewa Mesir, Amon digambarkan berkulit biru. Entah bagaimana, ternyata manusia berkulit biru benar-benar wujud, seperti kisah berikut ini:
Pada tahun 1820, seorang anak yatim piatu yang berasal dari Perancis bernama Martin Fugate mendapat tanah hibah di sebelah timur Kentucky, yang dikenal dengan nama Troublesome Creek.
Kemudian Martin mengahwini seorang wanita asa Amerika, Elizabeth Smith, yang berambut merah dan berkulit sangat putih, seputih salji. Keluarga Fugate memiliki 7 anak, dan 4 di antaranya berkulit biru.
Keluarga ini bertambah jumlahnya, kerana sesama anggota keluarga Fugate berkahwin antara satu sama lain. Perkahwinan antara sepupu kerap terjadi, keluarga Fugate juga berkahwin dengan keluarga-keluarga tetangga mereka.
Komuniti ini hidup terpencil di daerah yang belum memiliki infrastruktur.
Anak-anak Martin yang berkulit biru akhirnya berkahwin dengan saudara dari Ibu mereka. Zachariah, seorang anak berkulit biru, berkahwin dengan saudara kandung si Ibu, dan menghasilkan kombinasi gen yang 100 tahun kemudian menjadi penyebab kelahiran Benjy Stacy dengan warna kulit biru-keunguan!
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Ketika doktor keluarga hairan melihat keadaan Benjy, mereka dijelaskan mengenai kisah nenek moyang Benjy, iaitu Luna Fugate. Keluarga mengatakan, Luna adalah perempuan yang “sangat biru”, “perempuan terbiru yang pernah ada”.
Mengapa Berkulit Biru?
Kelainan ini disebut methaemoglobinaemia – atau singkatnya: met-H, kondisi yang mengurangi kemampuan membawa oksigen dalam darah. Akibatnya, darah menjadi lebih gelap dari warna yang normal. Kes pada Keluarga Fugate dimungkinkan kerana berkahwin dengan tetangga dan kerabat dekat yang menyebabkan kelainan genetik ini berlanjutan.
Selengkapnya

Sabtu, 28 Desember 2013

Adakah Ini Kekasih Adib Anak Datuk K


Adib

Selepas bapanya, Datuk Khalid Mohd Jiwa berkahwin dengan penyanyi kesayangan negara, Datuk Siti Nurhaliza, secara tidak langsung, anak-anak Datuk K turut terpalit popular sama.
Datuk K mempunyai empat orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Anas, Adib, Ashraff dan Aazief.
Anas baru-baru ini sudah melangsungkan perkahwinan dengan anak kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein iaitu Allysa.
Anak keduanya, Adib yang kini melanjutkan pelajaran di Australia dikhabarkan bercinta dengan gadis cantik seperti yang tertera gambar di bawah.
Gadis kacukan yang dikenali sebagai Sophia Yasmin Khan dikatakan sudah lama menyulam kasih dengan Adib yang turut pernah bekerjasama menerbitkan lagu untuk ibu tirinya sebelum ini.
Sama cantik dan sama padan kan pasangan ini?
Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin hubungan kedua mereka.
sumber

Adib1

Selengkapnya

Jumat, 27 Desember 2013

Del Popolo Lori Pizza Paling Asli 10 Gambar


Di Malaysia kita biasa membeli makanan dari kedai makan bergerak. Selalunya burger, rojak, celok-celok dan sate dijual dari belakang lori yang diubah suai. Hari ini mari melihat Del Popolo, sebuah Pizzeria bergerak yang lain dari yang lain. Ianya diusahakan oleh Jon Darsky di San Francisco, California. Tidak seperti lori pizza bergerak yang lain, Jon menggunakan oven pizza asli yang diperbuat daripada batu dan menggunakan kayu. Menurut Jon beliau meletakkan oven batu seberat 2800 pound di belakang lori bergerak ini kerana pizza yang dimasak menggunakan oven elektrik tidak mempunyai rasa pizza yang asli. Hasrat Jon ialah membolehkan orang ramai merasai Pizza sebenar dan bukan pizza tidak asli seperti yang dijual di Pizza Hut tanpa perlu pergi jauh. Untuk menghasilkan Pizzeria bergerak ini Jon mengubah suai sendiri sebuah trak dengan bantuan seorang teman yang merupakan seorang jurutera. Modifikasi ini dilakukan bagi memastikan oven yang dipasang tidak tercabut apabila dipandu sekeliling San Fran yang berbukit bukau. Awesome stuff!







Selengkapnya

Kamis, 26 Desember 2013

Opera Mobile Emulator Selancar Ala Ponsel Pintar

Pecinta software opera setidaknya sudah tahu tentang browsers opera mini, opera mobile dan opera dekstop, namun satu lagi produk opera yang tidak sering di gunakan oleh netter, yaitu opera mobile emulator, opera emulator ini memiliki dua versi, disini saya lebih khususkan untuk membahas opera mobile emulator ala ponsel pintar.

opera mobile atrix 4g

Tampak gambar screenshot diatas merupakan tampilan opera mini untuk ponsel pintar Motorola Atrix 4G (Anda dapat mengganti seri ponsel Android dengan ponsel pintar kesayangan Andadan gambar kedua dibawah sama hal dengan gambar diatas, namun sudah di rotasi. Opera emulator mobile bisa di perbesar seukuran layar monitor dengan mengklik icon kotak segi empat alias maximize atau mengklik pada lingkaran merah.

opera mobile motorola atrix 4g

Untuk merotasi opera moble emulator Anda tinggal mengklik icon yang di beri lingkaran. Dengan menggunakan Opera emulator pengguna bisa sesuka hati memilih model ponsel pintar untuk menjalankan opera mini emulator.

Keuntungan menggunakan opera mobile emulator, yaitu bisa berhemat jatah kuota data internet dan akses lebih cepat. Tapi jangan lupa aktifkan opera turbo di menu setting.

Unduh Opera Mobile Emulator 12.1

Selamat menikmati opera mobile emulator dekstop.

Selengkapnya

Rabu, 25 Desember 2013

20 remaja lelaki dipotong dan dijual dagingnya

tweetmeme_style = "compact"; src="http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js" type

BEIJING: Polis di barat daya China, menahan seorang lelaki disyaki membunuh lebih 20 remaja lelaki dan memotong badan mereka untuk dijual.
Laporan media Hong Kong dan China mengatakan, polis membuat penemuan ngeri itu ketika menyiasat kehilangan beberapa remaja lelaki di wilayah Yunnan sejak beberapa tahun lalu. 

Laman web Guanxi News melaporkan, Zhang Yongming, 56, ditahan dua minggu lalu di rumahnya di Kampung Nanmen di Yunnan dan kini disiasat di atas pembunuhan remaja 19 tahun lewat April lalu dan kehilangan lelaki lain.

Polis menyiasat rumah Zhang dan menjumpai telefon bimbit, kad bank dan beberapa bukti yang lain.


Laman web itu berkata, berpuluh remaja lain hilang dari kampung itu sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, Zhang seorang yang hidup bersendirian, tidak pernah bercakap dengan jirannya, pernah merengkuk di penjara selama 20 tahun kerana membunuh.

Di kampung itu dia dikenali sebagai “raksasa yang makan daging manusia.”

Laporan media itu turut memetik kata-kata jiran yang berkata, mereka nampak tulang putih terkeluar daripada beg plastik hijau yang digantung di rumahnya.

Akhbar Hong Kong, The Standard, melaporkan, polis menemui mata manusia yang disimpan di dalam botol wain, seperti “wain ular” dan potongan daging yang kelihatan seperti daging manusia digantung untuk dikeringkan, di rumah Zhang.

Polis berkata, Zhang mungkin memberi makan daging manusia kepada tiga anjingnya dan menjual daging bahagian lain di pasar dengan mengatakan ia daging “burung unta.”

Polis tempatan enggan memberi komen dan berkata maklumat akan diberi pada “masa yang sesuai” dan hampir semua laporan mengenai kes itu ditarik balik daripada laman web China, semalam.

Carian atas talian untuk “kehilangan di Yunnan” juga diblok.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata, Beijing menghantar pasukan khas ke Yunnan untuk memantau siasatan kehilangan remaja tetapi tidak merujuk kepada butir mengerikan yang terkandung dalam laporan lain.

Polis berkata, keluarga mangsa pada mulanya menyangka mereka diculik dan dipaksa bekerja di kilang membuat batu.

Dua ketua polis dipecat dan kerajaan menggesa supaya kes itu diselesaikan dengan cepat. - AFP
"0ed9422357395a0d4879191c66f4faa2"; "16363"; innity_width = "300"; src="http://innity.com/" type src="http://avp.innity.com/synd/0ed9422357395a0d4879191c66f4faa2/16363/js/300/250/0/1338000092518" typeinnity_path = "/201203_5532/19530/";innity_proxy = "proxy_48922";innity_ord = "ord=[timestamp]"; src="http://innity.com/global.js" type src="http://media./201203_5532/19530/proxy_48922.js?ord=[timestamp]" type src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=rsb&c=28&pli=4172893&PluID=0&w=300&h=250&ord=1338000093430&ncu=$$http%3A%2F%2Favp.innity.com%2Fclick%2Favncl.php%3Fcampaignid%3D5532%26adid%3D48922%26zoneid%3D16363%26pubid%3D1422%26ex%3D1338086488%26url%3Dhttp%3A%2F%2Fwww.asiarooms.com%2Fen%2Fmalaysia%2Flangkawi.html%3Futm_source%3Dinnityadnetwork_my%26utm_campaign%3Dmy-mcbuy%26utm_medium%3Donline%26utm_content%3D201203my-mcbuy0003%26pv%3D201203my-mcbuy0003&rcrp=900$$&acu=$$$$">
Selengkapnya

Isu Digam Media Prima “Saya Okay Jer”

Faizal Tahir

Penyanyi dan penulis lagu Faizal Tahir enggan mengulas lanjut mengenai isu dirinya digam oleh stesen televisyen milik Media Prima kerana tidak mahu perkara itu terus diperbesar-besarkan. Malah pelantun Sampai Syurga itu tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut.
Bertemu Faizal pada majlis Azam Raya Bersama Watson dan Faizal Tahir, kata penyanyi berusia 35 tahun ini, beliau sepatutnya merakamkan sebuah program khas terbitan salah sebuah stesen di bawah syarikat penyiaran berkenaan sempena Aidilfitri namun rakaman itu dibatalkan.
Faizal juga memberitahu, beliau tidak menerima sebarang penjelasan rasmi dari pihak Media Prima meskipun media baru-baru ini melaporkan pihak stesen terbabit telah menafikan dakwaan dirinya telah disenaraikan hitam.
“Sepatutnya saya ada sebuah program raya tahun ini untuk stesen TV berkenaan. Tapi tiba-tiba rakaman program tersebut dibatalkan. Jadi, fikirlah sendiri.
“Saya tak mahu perkara ini diperbesar-besarkan. Tak mengapa lah kalau program tu dibatalkan. Saya anggap tiada rezeki. Saya tidak tahu mengenai penafian pihak stesen TV tersebut. Tapi kalau benar mereka nafikan yang saya digam, sehingga kini saya tidak mendapat sebarang panggilan rasmi atau dipanggil berbincang bagi menjelaskan status saya.
“Tapi saya okay jer. Selagi isteri dan anak-anak saya cukup makan dan pakai, cukuplah”, katanya kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui, semalam.
Faizal sebelum ini dikatakan diberitahu secara lisan mengenai dirinya digam. ‘Hukuman’ itu gara-gara kerana kelantangannya bersuara tentang isu politik negara, baru-baru ini. Bagaiamanapun, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar menyatakan Faizal tidak digam dan penyanyi itu masih lagi artis naungan Monkey Bone.
Bukan pertama kali dihimpit kontroversi, begitu pun Faizal tetap dengan pendiriannya dengan tidak membataskan kehendaknya untuk menyuarakan sebarang pendapat atau pandangan terhadap sesuatu perkara. Kata Faizal, terpulang pada persepsi orang lain untuk menilai apa yang cuba disuarakannya.
“Saya tak takut dengan orang. Saya tak nak hanya kerana hal remeh ini saya harus terlalu berhati-hati selepas ini. Ya betul, berhati-hati tu perlu untuk memastikan orang tak salah erti apa yang saya suarakan. Tapi saya tak mampu nak jaga hati semua orang. Bukan mudah menjadi public figure sebenarnya, setiap apa yang dilakukan menjadi perhatian ramai pihak namun saya bersikap profesional.
“Saya rasa saya bukan seorang yang lantang. Saya tidak mahu menjadi lalang, saya hanya bersikap jujur. Saya cuma bercakap tentang perkara yang betul, yang real“, tegasnya.
Perkembangan lain, Faizal yang telah melancarkan album ketiganya, Faizal Tahir, kira-kira empat bulan lalu, kini sedang sibuk mengumpulkan material bagi album baru. Dalam masa sama beliau juga sedang menyiapkan projek album khas.
Berita baik untuk peminat, selepas Aidilfitri nanti Faizal akan menyambung kembali showcase jelajahnya di Hard Rock Cafe KL dan sebuah lokasi di pantai timur. Selain Faizal juga sedang merancang mengadakan konsert mega sulung dan mahu direalisasikan pada hujung tahun ini. – Malaysian Digest
Selengkapnya

Selasa, 24 Desember 2013

Intelijen AS mengumpulkan jutaan pembicaraan telepon


Telepon
Jutaan nombor telepon pelanggan di AS diserahkan ke badan intelijen.
Rumah Putih membela pengumpulan catatan percakapan telepon warga Amerika Syarikat oleh badan intelijen, dengan mengatakan langkah itu penting untuk mencegah ancaman pengganas.

Namun salah seorang pegawai pemerintah Barack Obama tidak membenarkan atau membantah laporan harian Inggeris, The Guardian, yang menduga puluhan juta pembicaraan telepon di Amerika diam-diam dicatat.

Kepada BBC pejabat yang tidak bersedia disebut namanya ini mengatakan langkah kontraterorisme seperti ini untuk mengetahui apakah para tersangka pengganas melakukan perhubungan dengan pihak-pihak lain, terutama yang berada di dalam wilayah Amerika.

Akhbar The Guardian menerbitkan laporan tentang keputusan mahkamah di Amerika yang memerintah salah satu operator telepon terbesar di negara tersebut, Verizon, untuk menyerahkan semua nombor pelanggan yang menerima panggilan kepada Badan Keselamatan Nasional di Washington.

Dikecam

Menurut The Guardian, perintah ini mengharuskan Verizon menyerahkan metadata panggilan telepon, baik untuk panggilan dalam maupun luar negeri.
Di metadata ini terdapat informasi tentang nombor telepon yang memanggil, nombor mana saja yang dipanggil, nombor seri unit telepon yang dipakai, dan lamanya pembicaraan telepon.

Informasi tentang isi pembicaraan, alamat penelepon, atau informasi kewangan tidak terdapat di metadata ini.
Baik badan-badan intelijen maupun Verizon menolak memberikan komentar.

Pusat kajian hak-hak konstitusional di Amerika mengatakan kasus ini mungkin adalah perintah pengawasan terbesar dalam sejarah di Amerika.
Federasi organisasi hak-hak sipil mengatakan pengumpulan catatan pembicaraan telepon oleh badan intelijen ini tidak bisa diterima.
Selengkapnya

Senin, 23 Desember 2013

BlackBerry Mahu Buang 4 500 Pekerja



Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry, Thorsten Heins memperkenalkan telefon pintar BlackBerry Z10 di New York pada 30 Januari lalu.

NEW YORK – BlackBerry menyatakan kelmarin ia akan membuang 4,500 pekerja ketika syarikat yang beribu pejabat di Kanada itu berdepan kerugian besar ekoran kelembapan jualan beberapa model telefon baharunya.

BlackBerry memberitahu, ia menjangka kerugian antara AS$950 juta (RM3.1 bilion) hingga AS$995 juta (RM3.2 bilion) pada suku kedua tahun ini yang berpunca daripada kelemahan jualan model Z10 keluarannya.

Gajet itu merupakan senjata BlackBerry untuk mengembalikan keuntungan di pasaran yang dikuasai telefon sistem perisian Android dan Apple.

Publisiti meluas pelancaran BlacBerry Z10 awal tahun ini gagal merancakkan jualan.

Pihak atasan BlackBerry memberitahu, mereka masih mengkaji beberapa strategi alternatif termasuk kemungkinan menjual syarikat berkenaan.

Pembuangan pekerja itu melibatkan 40 peratus tenaga kerja BlacBerry dengan bilangan kakitangan dijangka berkurangan kepada 7,000 orang. – Agensi
Selengkapnya

Minggu, 22 Desember 2013

Mari Sama Sama Ringankan Beban Adik Irfan


Adik Muhammad Razin Irfan, 4, dari Yan, Kedah lahir dan membesar sama seperti kakak-kanak lain – sangat aktif, bertenaga dan bijak.

Apabila dia jatuh sakit dan dikejarkan ke Hospital Sg Petani, tiada siapa menyangka anak kecil ini rupa-rupanya ditimpa sakit kronik. Hanya selepas air tulang sum-sum diambil, doktor mendapati Irfan sedang menghidap kanser tulang tahap 4.

Kanser ini begitu pantas merebak ke mata kiri, tulang belakang dan paha kanan Irfan. Selepas menjalani kemoterapi, barulah sel kanser menjadi kurang agresif.

Namun ia tidak bertahan lama. Dua bulan kemudian keadaan Irfan kian teruk. Hampir sepanjang masa anak kecil ini menangis kerana tidak tahan menanggung kesakitan di mata dan paha.

Hati dan limpa Irfan turut membengkak. Sekali lagi, doktor menyatakan dia harus menjalani kemoterapi.

Hari ini (20 November), doktor selesai menjalankan satu pembedahan pada mata kiri Irfan. Pembedahan ini tidak membuang tumor pada mata tetapi keputusan dapat digunakan untuk menilai kemoterapi paling sesuai dan terbaik dengan keadaannya sekarang.

Sesungguhnya ujian berupa anak menghidap sakit kronik begini tidak dirasai semua orang. Ia menuntut pengorbanan yang bukan sedikit – masa, emosi dan wang ringgit. Namun sudah tentu, berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Justeru bagi anda yang simpati dengan nasib Irfan dan ingin membantu meringankan beban anak kecil ini dan ibu bapanya, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi nombor tertera di bawah:

Encik Wardi (Bapa Irfan) – 0124634074
Pn Ruhayati bt Sulaiman (Ibu Irfan) – 012-4674201
Wad Onkologi C3, Hospital Pulau Pinang – 04-222 5337

atau salurkan terus sumbangan pada:

CIMB: 02021128978521 Wardi bin Baharum

Untuk mengetahui kisah Irfan layari:

http://wecanmakeworldabetterplace.wordpress.com/

InsyaAllah, segala pertolongan anda akan bertukar menjadi saham akhirat yang berguna. – REM RAMZI






Selengkapnya

Sabtu, 21 Desember 2013

url terpanjang di dunia



HTML Code:
http://thelongestlistofthelongeststuffatthelongestdomainnameatlonglast.com/

Fakta menarik tentang URL ini:

Dimiliki oleh Roman Kanak, dari Canada
Ranking Alexa 69,643
Mempunyai 15 perkataan
Mempunyai 63 jumlah huruf
Berdaftar dengan Godaddy.Com
Didaftarkan pada 20 July 2005
Expired 20 July 2016


Share

Follow fadah5 on Twitter
Selengkapnya

Jumat, 20 Desember 2013

GM Pad Rumah Mobil Masa Depan 7 Gambar


GM Pad ialah sebuah konsep rumah bergerak yang dihasilkan pada tahun 2006. Sungguhpun sudah 6 tahun berlaku pada pendapat aku rekaannya masih releven dan fresh. GM Pad ialah sebuah konsep yang dihasilkan oleh Steve Anderson, Senon B. Franco lll dan Jay Bernard untuk pertandingan California Design Challenge. GM Pad ialah sebuah kenderaan hibrid dengan panel solar pada bahagian atap untuk membekalkan tenaga elektrik kepada perkakas dalaman. Agak malang juga konsep ini tidak pernah dihasilkan kerana rekaanya menarik dan tidak sebosan kebanyakkan rumah bergerak yang boleh kita lihat sekarang.
Selengkapnya

Tan Sri Annuar Musa Tubuh tribunal timbang tara’

kosmo




TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kini menjalani penggantungan dua tahun enam bulan, Tan Sri Annuar Musa (gambar) akan menghantar surat kepada Jawatankuasa Eksekutif (Exco) badan induk bola sepak negara itu untuk menubuhkan tribunal timbang tara.

Menurutnya, tindakan tersebut terpaksa dibuat selepas beliau tidak diberikan sebarang ruang untuk mengemukakan rayuan berhubung penggantungan yang dikenakan ke atasnya oleh FAM sebelum ini.
“Saya berharap Ex- co FAM dapat mewujudkan tribunal itu dan saya akan membentangkan kes ini kepada mereka dalam usaha untuk mencari keadilan.

“Saya juga tidak berhasrat untuk pergi ke (Mahkamah) Timbang tara Sukan (CAS) kerana mahu ia diselesaikan dalam keluarga FAM.
“Saya mahu ia berasaskan proses undang-undang. FAM diminta melantik peguam timbang tara dan biarlah ia (peguam timbang tara) meneliti perkara yang saya temui untuk mencari keadilan,” katanya yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran album Dikir Warriors dan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, apa yang diperjuangkan itu bukan untuk menepis hukuman yang dihadapinya tetapi lebih kepada usaha melihat sejauh mana proses keadilan, terutamanya pelaksanaan undang-undang oleh FAM.
Pada 4 April lalu, FAM memu- tuskan Annuar digantung dua tahun enam bulan berkuat kuasa serta-merta daripada sebarang aktiviti bola sepak peringkat nasional dan antarabangsa.

Annuar didapati bersalah melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, yang mana hanya Presiden FAM boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan. Atas kesalahan itu, Annuar dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun.

Beliau juga didakwa melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebarkan kepada pihak media. Bagi pertuduhan kedua itu, Annuar dikenakan hukuman peng- gantungan enam bulan.

“Semua orang terikat dengan peraturan yang ada baik Presiden, Timbalan Presiden atau sesiapa sahaja memang terikat dengan Artikel 88.
“Saya fikir pada masa akan datang akan timbul satu kontroversi lebih besar kerana Artikel 88 itu mengikat semua orang,” ujarnya.

Selengkapnya

Kamis, 19 Desember 2013

Hukum Air Atau Cecair Yang Keluar Dari Manusia


Air Mani

Air mani ialah cecair putih pekat yang keluar kemaluan lelaki dan perempuan apabila sampai kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat. Firman Allah yang berbunyi :
“(Setelah mengetahui Yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. Ia diciptakan dari air (mani) Yang memancut (ke Dalam rahim), Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.” (At-Taariq : 5-7)

Air mani lelaki kebiasaannya berwarna putih likat seperti hingus, ia keluar ketika seseorang itu rasa nikmat yang tidak terhingga sehingga secara memancut. Manakala air mani perempuan pula lebih cair dari air mani lelaki dan ia berwarna putih. Cara ia keluar ketika wanita tersebut gersang dan nikmat yang tidak terhingga.
Hukum Air Mani

Menurut Mazhab Syafie air mani adalah suci dan tidak mengandungi najis. Hujah ini berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW mafhumnya :
“Aku menghilangkan mani pada baju Rasulullah dengan cara mengikisnya dengan kuku, lalu baginda solat dengan baju itu.” (Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas ini, ia menunjukkan bahawa air mani itu adalah suci kerana Rasulullah SAW menggunakan pakaiannya yang terkena air mani tersebut untuk solat. Kalau ia najis maka sudah pasti Rasulullah SAW tidak menggunakan pakaian tersebut untuk solat.

Cara Mencuci Air Mani

Bagi air mani yang kering atau menempel kepada pakaian atau sebagainya, maka cara menyucikannya adalah seperti mengikis dengan kuku atau alat-alat yang lain, setelah dikikis cucikan pula dengan air sehingga bersih, maka ia sudah dianggap bersih. Dari Aisyah ra berkata :
“Aku menghilangkan mani pada baju Rasulullah dengan cara mengikisnya dengan kuku, lalu baginda solat dengan baju itu.” (Riwayat Al-Bukhari)

Cara menyucikan air mani yang masih basah atau belum kering, maka disunatkan membasuhnya dengan menggunakan air bersih.
Air Mazi

Maksud Air Mazi adalah sejenis cecair jernih kekuningan yang keluar daripada kemaluan lelaki dan perempuan disebabkan rangsangan ketika permulaan syahwat dengan keadaan tidak sedar. Dari Ali ra berkata :
“Aku adalah seorang lelaki yang sering mengeluarkan mazi. Kemudian aku suruh seorang kawan supaya menanyakan tentang perkara ini kepada Nabi SAW. Aku malu bertanya secara langsung memandangkan puterinya telah menjadi isteriku. Kawan itu pun akhirnya menanyakan masalah ini kepada Nabi SAW dan beliau menjawab : Berwuduklah dan cucilah kemaluanmu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hukum Air Mazi

Para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa air mazi ini adalah najis, ia juga boleh menyebabkan batalnya wuduk dan tidak boleh dibawa solat. Bagi orang yang mengeluarkan mazi tidak diwajibkan mandi hadas seperti keluarnya air mani.
Cara Mencuci Air Mazi

Air mazi dianggap seperti najis mutawassitah dan ia perlu dicuci dengan cara membasuh dengan menggunakan air mutlak sehingga bersih. Rasulullah SAW bersabda :
“Berwuduklah dan cucilah kemaluanmu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Air Wadi

Air wadi adalah air berwarna putih kental atau pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan setelah habisnya air kencing. Dari Aisyah ra berkata :
“Wadi keluar setelah berkencing. Oleh kerananya, hendaklah seseorang itu mencuci zakar berserta kedua-dua buahnya, lalu berwuduk dan tidak perlu mandi.” (Riwayat Ibnu Munzir)
Hukum Air Wadi

Jumhur ulamak mengatakan air wadi ini adalah benda najis mutawassitah dan hukumnya sama seperti air kencing dan mazi. Ia tidak boleh dibawa solat. Begitu juga dengan Imam An-Nawawi mengatakan bahawa air wadi itu adalah najis.
Cara Mencuci Air Wadi

Cara mencuci air wadi adalah dengan mencuci kemaluan sehingga bersih dan mengambil wuduk. Orang yang mengeluarkan air wadi tidak perlu mandi hadas.
Air Kencing

Air kencing manusia adalah najis mutawassitah dan ia dapat membatalkan wuduk seseorang dan boleh menyebabkan solat itu tidak sah disebabkannya. Orang yang ingin membuang ari kencing ini perlu berhati-hati kerana takut air kencingnya terkena pakaiannya. Semasa membuang air kencing hendaklah dipastikan bahawa air kencing tersebut keluar habis dari kemaluan seseorang, air kencing yang tidak habis akan keluar secara sedar atau tidak sedar, ia boleh menyebabkan pakaian yang dipakai seperti seluar terkenanya dan seluar tersebut tidak boleh dibawa solat. Sebagai tindakan berjaga-jaga bawalah bersama kain atau seluar untuk digantikan ketika hendak melakukan solat, perbuatan ini adalah untuk memastikan supaya pakaian dan diri sentiasa didalam keadaan bersih dan suci. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda mafhumnya :
“Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (iaitu hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)”

Cara untuk memastikan air kencing itu habis atau tidak habis keluarnya dari kemaluan, diantara caranya ialah seperti :
  1. Bagi wanita untuk memastikan air kencing habis atau belum, caranya mudah sahaja dengan menunggu sebentar setelah selesai kencing. Jika didapati tiada lagi air kencing, maka ia bolehlah membersihkan kemalaunnya.
  2. Bagi lelaki pula agak susah sedikit, kebiasaanya memerlukan waktu dan kesabaran. Cara untuk memastikan air kencing keluar, hendaklah diurut batang zakarnya dari pangkal hingga ke hujung kepala zakarnya. Dalam masa yang sama hendaklah berdehem-dehem untuk membantu mengeluarkan sisa-sisa air kencing di dalam zakarnya. Setalah pasti tiada lagi air kencing, maka bolehlah dibersihkan zakarnya dengan kaedah istinjak.

Hukum Kencing Sambil Berdiri

Tidak dibolehkan kencing berdiri, kerana ia bercanggah dengan sopan dan etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya. Namun jika diyakini air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan tidak akan terkena dirinya, maka tidak menjadi halangan baginya untuk kencing berdiri. Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :
“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Petikan hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.

Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik mengikutnya pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Ada sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka perbuatan Nabi kencing berdiri adalah kerana ada keuzuran bagi baginda, kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas ra pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.

Rumusan dari perbahasan kencing berdiri di atas, maka hukumnya adalah harus jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk. Manakala hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :
“Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW”.
Selengkapnya

Rabu, 18 Desember 2013

Adakah Orang Menipu Murtad

Salam semua,





Soalan:
Tak syak lagi orang yang menipu akan mendapat dosa. Perbuatannya sama seperti menolak al-Quran dan hadis yang melarang mencuri. Adakah disebabkan menolak al-Quran dan hadis yang menyatakan tidak boleh mencuri menyebabkannya menjadi murtad?
Jawapan:
Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah tidak mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar kerana dosa yang dilakukannya. Kerana bukan semua yang melakukan dosa bertujuan mengingkari al-Quran, barangkali ada orang yang melakukan dosa disebabkan terpaksa atau seumpamanya, dalam keadaan dia mengakui dosa yang dilakukannya itu adalah satu kesalahan dan dosa yang diharamkan oleh Allah. Namun perlakuan dosa itu dilakukan atas beberapa sebab.
Mencuri, berbohong, zina dan seumpamanya, jika dilakukan dengan tujuan mengingkari al-Quran, atau menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh Allah, atau mempermainkan hukum Allah adalah satu perbuatan murtad atau perbuatan yang menyebabkan sipelakunya terkeluar daripada Islam. Na’uzubillahi min zalik.
Umat islam tidak boleh boleh menghukum kafir kepada mana-mana pelaku dosa. Sebaliknya pelaku dosa tersebut perlu dinasihati, dan berusaha membantunya supaya dapat menjauhi perbuatan dosa tersebut
wallahu a’lam.

~sumber~
Selengkapnya

Selasa, 17 Desember 2013

Mengapa Lantai Masjidil Haram Tidak Panas


Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.
Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.
“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.
Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.
Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.
Ini berberda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.
Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.
Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.
Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.
Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.
Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5. sumber cekdeh.com
[Sumber] 
Selengkapnya

Senin, 16 Desember 2013

Deepak pohon perlindungan saksi kepada Peguam Negara

Harakahdaily, 13 Feb 2013
PUTRAJAYA: Peniaga permaidani, Deepak Jaikishan hari ini menyerahkan permohonan untuk mendapatkan perlindungan sebagai saksi kepada Peguam Negara di pejabatnya dekat sini hari ini.

(Deepak menunjukkan dokumen yang beliau ada kepada Mahfuz dan rakan-rakannya dalam pertemuan mereka 6 Februari lepas)

Deepak ditemani oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Peguam Asmuni Awi.

Permohonan itu dibuat untuk membolehkan Deepak mendedahkan segala yang beliau tahu berkaitan dengan pembikinan Akuan Bersumpah kedua yang dibuat oleh P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu.

Sebelum ini, Deepak mendakwa beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh rakan rapatnya ketika itu, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau diminta oleh isteri perdana menteri itu berbuat demikian selepas PI Bala membuat satu sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama.

Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian tragis yang menimpa wanita Monggolia di hutan simpan dekat Puncak Alam itu.

Melalui SD 2 yang dibuatnya, PI Bala menarik balik segala pengakuan yang beliau buat dalam SD 1.

Deepak berkata, beliau membawa PI Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara.

Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada PI Bala.

Ekoran itulah, PI Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1.

Deepak memohon Peguam Negara memberikan perlindungan kepadanya sebagai saksi dalam kes ini berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberikan kuasa kepada AG untuk membuat pendakwaan.
Sebelum ini, Deepak memohon Pakatan Rakyat untuk memberikan jaminan kepadanya untuk diberikan perlindungan sebagai saksi untuk memnolehkan beliau mendedahkan segala yang beliau tahu.

Ekoran itu, Mahfuz bagi pihak PAS bersedia untuk berbincang dengan Deepak mengenainya.

6 Februari lalu, Deepak bertemu dengan Mahfuz dan beberapa pimpinan PAS lagi bagi membincangkan permohonannya itu.

Dalam pertemuan itu kata sepakat telah dicapai peguam PAS akan membantu Deepak membuat permohonan itu kepada Peguam Negara kerana dari segi undang-undangnya Peguam Negara yang berhak berbuat demikian.

Semalam Deepak bertemu dengan Mahfuz dan Asmuni Awi di Pejabat Agung PAS bagi membincangkan permohonan yang hendak dibuat dan hari ini mereka bertiga ke Putrajaya untuk menyerahkan surat permohonan berkenaan.

Selengkapnya

Minggu, 15 Desember 2013

5 Bunggee Jumping Tertinggi Di Dunia

5. Europabrücke Bridge, Austria – 630 feet (192 m)



4. Bloukrans Bridge, South Africa – 708 feet (216 m)




3. Verzasca Dam, Switzerland – 720 feet (220 m)




2. Macau Tower, China – 760 feet (233 m)




1. Royal Gorge Bridge, Colorado, USA – 1,053 feet (321 m)

 


sumber
Selengkapnya

Selasa, 10 Desember 2013

10 Artis Cilik Pemeran Utama Terbaik Film Hollywood

Ada beberapa aktor dan aktris cilik yang sangat bagus dalam berakting pada suatu film. Siapa-siapa sajakah mereka ? Inilah 10 Artis Cilik Pemeran Utama Terbaik Dalam Film Hollywood versi ane gans, meskipun ada beberapa yang sekarang sudah tidak cocok dikategorikan sebagai artis cilik lagi tapi mereka pernah berperan sangat baik dalam film film yang mereka bintangi ketika mereka masih kecil. : 

1. Ty Simpkins as Dalton � Insidious

Ty Keegan Simpkins lahir 6 Agustus 2001 adalah aktor asal Amerika Serikat. Dia berperan sebagai Dalton dalam film Insidious. Dalam film ini dia diceritakan memiliki kemampuan untuk melepaskan jiwa ketika sedang tertidur atau istilahnya Astral Projection yang di Indonesia dikenal sebagai ilmu Meraga Sukma.
 

2. Chlo� Moretz as Hit Girl � Kick Ass

Chlo� Grace Moretz lahir 10 Februari 1997 adalah aktris asal Amerika Serikat yang dikenal karena perannya sebagai Hit-Girl dalam film pahlawan super 2010 Kick-Ass. Dia juga bermain di The Amityville Horror, (500) Days Of Summer, Diary of a Wimpy Kid dan bermain sebagai Abby, seorang anak vampir, di Let Me In. Dalam film Kick Ass dia berperan sebagai tokoh super heroes kecil yang sangat sadis dan senang memainkan pisau sebagai salah satu senjatanya.
 

3. Kodi Smit-McPhee as Owen � Let Me In

Lahir di Australia 13 Juni 1996 Kodi telah mengikuti jejak ayahnya yang merupakan seorang aktor, Andy McPhee, dan adiknya yang juga seorang aktris Sianoa Smit-McPhee. Dalam film Let Me In Kodi berperan sebagai Owen , seorang anak laki laki lemah yang menjadi korban bullying teman teman sebayanya. Dia kemudian bertemu dengan seorang anak perempuan misterius yang tinggal di sebelah rumahnya.
 

4. Dakota Fanning as Emily Callaway � Hide and Seek

Dakota Fanning lahir dengan nama Hannah Dakota Fanning lahir 23 Februari 1994 adalah aktris muda Hollywood yang dianggap genius dalam bidang akting. Dia adalah kakak dari Elle Fanning yang memiliki profesi serupa dengannya. Muncul secara cemerlang dan dikenal luas lewat aktingnya yang menawan di I Am Sam sebagai Lucy, anak dari seorang penderita keterbelakangan mental yang diperankan oleh Sean Penn pada tahun 2001. Sebagai artis cilik, ia muncul dalam film-film berlevel tinggi semacam Man on Fire, War of the Worlds, dan Charlotte�s Web. Dia berperan sangat cemerlang dalam film Hide and Seek sebagai Emily Callaway.
 

5. Asa Butterfield as Hugo Cabret � Hugo

Asa Maxwell Thornton F. Butterfield lahir di London, Inggris, 1 April 1997 adalah aktor dari Inggris. Dia juga diakui memiliki mata biru yang khas. Namanya mulai diperhitungkan dalam dunia perfilman Hollywood semenjak dia bermain dalam film Nanny McPhee. Film terakhirnya Hugo berhasil membuat namanya makin bersinar di kancah Hollywood.
 

6. Bailee Madison as Sally Hirst � Don�t Be Afraid of the Dark
http://1.bp.blogspot.com/-E70hCjhZXPY/UL2HAVlS4sI/AAAAAAAAFgA/wuqJ7fqc5-A/s1600/Artis+Cilik+Hollywood+-www.armhando.com.jpg

Bailee Madison lahir di Fort Lauderdale, Florida, Amerika Serikat, 15 Oktober 1999; umur 12 tahun) adalah aktris dari Amerika Serikat. Madison berperan sebagai May Belle Aarons dalam film Bridge to Terabithia (2007). Ia juga berperan sebagai Hannah Cottrell dalam film Saving Sarah Cain. Dia bermain sangat gemilang sebagai Sally Hirst, seorang anak perempuan kecil dengan rasa ingin tahu yang tinggi dalam film Don�t Be Afraid of the Dark. 

7. Isabelle Fuhrman as Esther Coleman � Orphan

Isabelle Fuhrman lahir di Washington DC, Amerika Serikat, 25 Februari 1997 adalah aktris asal Amerika Serikat. Isabelle Fuhrman berperan sebagai Esther Coleman dalam film Orphan (2009). Dalam film ini dia berperan sebagai seorang wanita psycho yang berperawakan seperti seorang anak kecil.
 

8. Zachary Gordon as Greg Heffley � Diary of a Wimpy Kid

Zachary Gordon lahir 15 Februari 1998 adalah aktor cilik asal Amerika Serikat. Ia dikenal lewat film Diary of a Wimpy Kid. Karirnya dimulai sejak tahun 2006 dengan peran kecil pada film All of Us. Dalam Diary of a Wimpy Kid dia berperan sebagai seorang anak laki laki yang merasa dirinya hebat padahal dalam kenyataannya sering mengalami kesialan dan menjadi korban bullying teman teman sekolah juga kakak laki laki kandungnya sendiri.
 

9. Freddie Highmore as Charlie � Charlie and the Chocolate Factory

Alfred Thomas Highmore lahir 14 Februari 1992 lebih dikenal dengan nama Freddie Highmore adalah seorang aktor asal Inggris. Dia pernah bermain dalam beberapa film antara lain Finding Neverland, Charlie and the Chocolate Factory, August Rush, dan The Spiderwick Chronicles. Dia berperan sangat baik saat menjadi Charlie Bucket dalam film Charlie and the Chocolate Factory. Sejak saat itu namanya mulai diperhitungkan dalam dunia perfilman Hollywood.
 

10. Georgie Henley as Lucy Pevensie � The Chronicles of Narnia

Georgina �Georgie� Helen Henley lahir di Inggris, 9 Juli 1995 adalah seorang aktris yang berasal dari Inggris. Dia berperan sebagai Lucy Pevensie dalam serial film The Chronicles of Narnia.
 
 
sumber
Selengkapnya